Usulan di Parlimen bagi raikan atlet SG di Olimpik, Paralimpik

YIP PIN XIU: Perenang negara ini menang dua pingat emas di Tokyo. Kesemuanya beliau telah memenangi lima pingat emas di medan Paralimpik. – Foto fail

MENTERI Budaya, Masyarakat dan Belia Edwin Tong bakal membentang usulan di Parlimen bulan depan untuk meraikan pencapaian atlet Singapura di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang berakhir baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, kementerian beliau menyatakan bahawa atlet negara, melalui sukan, telah memberi inspirasi kepada warga Singapura untuk berusaha mencapai kecemerlangan, dan bahawa “semangat waja mereka untuk berjaya bagi negara” menyatukan rakyat dan menanam rasa bangga.

“Kami mengucapkan tahniah kepada atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Team Singapore kita, terutama Cik Yip Pin Xiu, pemenang lima pingat emas Sukan Paralimpik kita, bagi pencapaian mereka di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.”

Read More…